hingga ke akhirnya .






kita tak boleh cakap , kita tak boleh jatuh cinta pada ' orang tu ' . kita tak boleh berdoa supaya orang itu pergi dari hidup kita dan jangan muncul muncul lagi kerana tak mahu melihatnya walaupun sekejap . kita tak boleh sombong didi dan berkata ' aku tak kesah ' orang itu nak cari orang lain ' sekalipun sebab kita juga boleh cari orang lain jugak . kita tak boleh cakap begitu sebab kita tak tahu apa yang ada di masa akan datang .

mungkin sahaja terjadi ' orang itu ' sehingga tak pernah berhenti dari memikirkannya . sehingga setiap kali kita bangun pagi . dia orang pertama yang kita ingat . begitu juga di kala malam ' orang itu ' jugak orang terakhir kita fikirkan sebelum lelapkan mata .

mungkin sahaja terjadi ' orang itu ' orang yang kita doakan . dia tak akan muncul dalam kehidupan kita tiba tiba sahaja menjadi begitu bermakna . Sehingga kita menangis kesepian bila doa kita benar benar makbul . Sehingga kita sedar bahawa lebih elok dia ada daripada tiada . Sehingga kita tercari cari di mana dia hanya untuk melihat dia walau hanya seketika . Kerana terlalu rindu sedangkan dahulu kita tidak pernah menghargai bila dia ada di hadapan kita .


Dan mungkin sahaja 'orang itu' ... orang yang tidak sepenuhnya kita sayang sehingga kita tidak pernah berasa keberatan sekiranya dia mencari yang lain tiba tiba menjadi terlalu penting . Sehingga sampai satu tahap kita menangis bagaikan dunai telah kiamat apabila 'orang itu' benar benar dimiliki orang lain . Selain itu kita mula menyesali apa yang kita katakan , bisikan dan luahkan .


Kita akan menjadi terlalu rindu pada kenangan kenangan bahagia bersamanya sehingga terasa ingin memutarkan kembali masa yang telah berlalu agar kita dapat menikmati saat itu dengan sebaik mungkin . 

Hey hey , jiwang tak ? jiwang tak ? HAHA . Takde motif pape pon nak tulis benda alah nihh . 

No comments:

Post a Comment